Monday, May 26, 2008

Al Quranul Karim

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari
Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang
(hendak) bertakwa. (Al Baqarah 2)
Al Quran merupakan kitab wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada rasulNya yang mulia
Muhammad s.a.w lebih empat belas abad yang lalu. Ia diturunkan secara berperingkat-peringkat memakan
masa lebih dua puluh tahun. Ayat-ayatnya
terbahagi kepada dua zaman iaitu makiyyah dan
madaniyyah sesuai dengan keadaan zaman dan
penerimaan para sahabat r.a. Ia tidak berubah dan
tidak dapat ditandingi sehingga akhir zaman. Al
Quran merupakan mukjizat yang teragung untuk
dipelajari, dijadikan panduan dan diamalkan oleh
seluruh umat manusia sepanjang zaman.
Mukjizat yang diberikan kepada rasulrasul
lain lebih berupa keajaiban yang dapat
dilihat dengan mata, dipegang dengan tangan dan
dirasa dengan lidah. Nabi Musa a.s sebagai
contohnya diberikan keupayaan oleh Allah untuk
menukar tongkatnya menjadi seokor ular yang
besar yang mengalahkan semua ular ahli-ahli
sihir. Apabila kaumnya kelaparan, Nabi Musa a.s.
dapat memberikan makanan melalui hidangan daripada langit. Apabila dikejar Firaun, Nabi musa boleh
menggunakan tongkatnya untuk membelah Laut Merah. Nabi Isa a.s pula berupaya mengubat penyakitpenyakit
yang ganjil, yang tidak dapat diubat oleh orang biasa. termasuk menghidupkan orang mati.
Semua mukjizat ini dapat diakui oleh seorang yang tidak berpelajaran sekalipun sesuai dengan umat pada
masa tersebut.
Berbanding dengan mukjizat rasul terdahulu, al Quran dapat dirasai keajaibannya oleh orang yang
berilmu dan menggunakan akal fikirannya. Al Quran lebih mencabar kepada minda dan pemikiran
manusia. Dari semua sudut, al Quran lebih tinggi daripada apa yang boleh dibayangkan oleh manusia.
Dari sudut sastera, al Quran lebih hebat daripada semua sajak dan syair yang ada. Dari sudut sejarah, al
Quran membukti ketepatan sejarah yang sangat jitu. Dari sudut ramalan masa depan, al Quran dibukti
tepat dengan beberapa peristiwa yang berlaku sesudah wahyu diturunkan kepada Muhammad s.a.w. Dari
sudut sains pula, al Quran sangat agung yang dibuktikan tepat setelah berabad-abad ia diturunkan.
Perkara ini sangat mustahil dapat diterangkan oleh seorang yang tidak tahu membaca dan menulis seperti
Muhammad s.a.w. sekiranya beliau tidak mendapat petunjuk wahyu daripada Allah s.w.t.
Kita dapat melihat salah satu keajaiban al Quran adalah tentang proses penciptaan manusia yang
dibuktikan betul oleh sains moden setelah empat belas kurun ia diturunkan.
Mukjizat yang begitu agung kepada Rasulullah
Artikel ini boleh dimuat turun dari www.papisma.org 2
Keajaiban Penciptaaan Manusia menurut al Quran
Manusia dicipta bermula daripada persenyawaan setitis air mani yang mengandungi sperma di
dalamnya. Ini disebut di dalam al Quran:

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air
mani yang bercampur, serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan);
oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. (Al Insaan 2)
Banyak lagi ayat-ayat lain yang menceritakan tentang penciptaan manusia bermula daripada
persenyawaan sperma dalam air mani ini. Ayat ini juga meletakkan pendengaran lebih dahulu daripda
penglihatan. Ini sesuai dengan hakikat penciptaan manusia yang mana mereka boleh mendengar sejak
dalam rahim lagi tetapi boleh melihat hanya selepas dilahirkan. Dalam al Quran juga, secara jelas
menceritakan bahawa bukan semua air mani yang digunakan untuk menjadikan manusia tetapi sebaliknya
hanya sebagainya sahaja. Firman Allah:

Bukankah dia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)?
(Al Qiyamah 37)
Perkataan yang digunakan oleh Allah dalam
ayat ini adalah “nutfatam min maniiyin yumna” yang
bermaksud sebahagian daripada air mani yang
dipancarkan. Di dalam surah al Sajdah ayat 8, Allah
menggunakan perkataan “sulalah” yang bermaksud
saripati, iaitu bahagian yang paling baik dalam satu-satu
campuran.
Air mani tersebut tidak boleh berkembang
dengan sendiri menjadi manusia seperti yang dipercayai
oleh orang terdahulu semasa Al Quran diturunkan.
Tetapi sebaliknya air mani itu mesti bercantum dengan
telur daripada kaum hawa untuk menjadi manusia.

Firman Allah:

Dia diciptakan dari air (mani) yang memancut
(ke dalam rahim); Yang keluar dari "tulang
sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan
(At-Thariq 6-7)
Sulbi dan taraib dalam ayat ini dijelaskan oleh Dr Zakir Abdul Karim Naik sebagai tempat di mana
keluarnya salur darah yang membekalkan darah kepada testis (kilang sperma) dan ovari (kilang telur)
Benih yang terbaik akan disenyawakan
Artikel ini boleh dimuat turun dari www.papisma.org 3
terletak antara tulang sulbi dan tulang dada1. Iaitu saluran darah testicular artery dan ovary artery bermula
dari satu tempat antara tulang sulbi dan tulang dada. Ini dibuktikan benar oleh sains moden bahawa
saluran darah ke testis dan ovari berasal daripada abdominal aorta dan renal artery bukannya berasal dari
salur darah setempat.
Jantina bagi manusia ditentukan oleh sperma daripada bapa bukannya telur daripada ibu. Ini
dijelaskan oleh Allah dalam ayatnya:

Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan
perempuan. Dari (setitis) air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim)
(An Najm 45-46)

No comments: